23 September 2011 - Jumaat

Pada kali ini Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah disambut serentak dengan Sambutan Hari Kanak-kanak. Majis tersebut telah berjalan lancar bermula pada pukul 10.10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Majlis telah berjalan dalam keadaan yang sederhana namun tetap meriah. Sambil menjamu selera, murid-murid turut dihidangkan dengan dendangan lagu raya. Semua hadirin diberi kesempatan untuk menujukan lagu raya kepada guru juga sahabat handai. Walaupun penat, namun bagi penulis ia boleh dikatakan meriah dan memuaskan. Diharapkan di tahun akan datang majlis seperti ini dapat memberikan sesuatu yang lebih baik. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment