-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 23 August 2011

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 Di Melaka.

22 Ogos 2011 - Isnin.
Murid-murid tahun 6 telah dibawa ke Bandar Melaka bagi memberikan satu suasana pembelajaran yang lain dari sesi penbelajran biasa. Program ini diadakan ekoran dari mesyuarat guru tahun 6 bersama Guru besar Pn Normi Bt Jantan. Pn guru besar yang amat menitik beratkan kebajikan calon UPSR bersama guru-guru tahun 6 bersetuju untuk melaksanakan program tersebut. Diharapkan matlamat untuk memberikan sedikit sebanyak semangat dan azam baru menjelang saat-saat akhir ini akan membuahkan hasil yang dikehendaki.











Thursday 11 August 2011

Program Ihya' Ramadhan.

Sepanjang bulan Ramadhan Al-mubarak Panitia Pendidikan Islam telah menmanfaatkan sepenuhnya bulan tersebut dengan pelbagai pengisian ilmiah yang berguna kepada semua warga SKSD. Antara pengisian yang telah dijalankan ialah Tadarus (guru & murid), pertandingan keagamaan seperti Tilawah, nasyid, hafazan & bercerita, tayangan agama, kuiz dan pelbagai aktiviti sampingan. Pada keseluruhan paniia Pendidikan Islam telah berusaha memberikan sumber kebaikan kepada semua warga SKSD. Harap usaha sebegini mendapat sambutan yang lebih lagi di masa akan datang. Insya Allah...
Sedikit cebisan Program Ihya' Ramadhan 2011.
 

Thursday 4 August 2011

lawatan guru sksd melihat bayi kembar Pn Hasnah

04 ogos 2011 - Khamis.
Beberapa orang guru dan staf sksd telah bersama-sama melawat bayi kembar Pn Hasnah. Bayi tersebut telah diberi nama Mohd Izhar dan Mohd Azhar. Bayi kembar tersebut telah selamat diahirkan dengan cara pembedahan. Ini merupakan anak sulung bagi Pn Hasnah dan suami nya. Semoga dengan adanya bayi kembar ini akan memberikan lebih lagi kebahagiaan dalam rumah tangga beliau. Amiin..