-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 24 April 2012

-:: Kejohanan Bola Sepak MSS Kawasan Merlimau ::-

 

18-21 April 2012, Rabu - Sabtu. SKSD telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MSS Kawasan Merlimau. hasil dari itu, Pasukan SKSD telah berjaya menjadi johan kumpulan dan merangkul tempat ke-4 keseluruhan. Sungguh pun begitu pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah di atas usaha gigih yang ditunujukkan. Antara pemain-pemain yang terlibat ialah
adik Muhammad Azrul B Mohd Nor
adik Muhammad Asyraf  B Mustafa
adik Muhammad Irsyaduddin B Md Noor
adik Amir Zahin b Othman
adik Muhammad Iqbal B Azman
adik Muhammad Danish Nufail
adik Muhammad Hafizzuddin B M Safian
adik Khiril Fitri b Izam
adik Muhammad Syariezan B Samsul
adik Muhammad Azrul Syafiq B Azman
adik Muhammad Faizzuddin B Safian
adik Muhammad Anas B Mohd Raffe
adik Amirul Hakim B Abd Rahman
adik Aiman Hakim B Mohd Sallehuddin
adik Muhammad Haris Iqmal B Suhairi
adik Muhammad Faszeri B Roslan
adik Muhammad Irfan  b Saifulazmi
adik Qayyum Azree B Abd Aziz

Tidak dilupakan juga guru bola sepak yang telah bersama-sama bertungkus-lumus menyediakan strategi dan memastikan yang terbaik. Mereka adalah 
En Md Razif B Hj Razali
En  Shahril B Mislan
En Suhaimi B Siri
Pn Suhaila Bt Zakaria
Pn Hasnah Bt Dolmat

Ini keputusan sepanjang kejohanan tersebut

Peringkat Kumpulan

SKSD vs SK Datuk Hj Baginda
1-1

SKSD vs SK merlimau 2
2-1

Suku akhir

SKSD vs SK Sebatu
3-1

Separuh Akhir

SKSD vs SK Merlimau 1
3-6

Tempat 3/4

SKSD vs SK Sg Rambai
2-3

SKSD tempat ke-4

Pesanan GB teruskan usaha, latihan dan teruskan mencari bakat-bakat baru supaya pasukan Bola Sepak dan permainan lain akan sentiasa bersedia dan ada pelapis. Apa pun unit ICT Ucapkan tahniah sekali lagi. Kita Cuba lagi di masa akan datang. Cemerlangkan SKSD!

Thursday 19 April 2012

-:: MTQSS KPM Peringkat Neg. Melaka ::-

18 April 2012, Rabu - SKSD mencipta sejarah lagi apabila telah dipilih sebagai lokasi pertandingan yang besar iaitu Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Neg. Melaka. MTQSS kali ini melibatkan dua buah sekolah yang SKSD menjadi medan bakat bagi sekolah rendah manakala SMA(j) Assaiyidah Khadijah untuk medan bakat sekolah menengah. Antara kategori yang dipertandingkan bg sekolah rendah ialah Tilawah Al-Quran (L/P), Hafazan (L/P), dan Bercerita (L/P) manakala kategori bagi kategori sekolah menengah pula ialah Syarahan(L/P), Hafazan (L/P), dan Tilawah Al-quran (L/P).





SKSD turut berjaya menghantar seorang wakil diperingkat negeri ini. Beliau ialah Adik faiz Bin Zailan yang bertanding bagi kategori bercerita L. Pihak sekolah berbangga dengan usaha dan semangat adik Faiz yang telah mengorbankan masa dengan latihan demi memberikan persembahan yang terbaik untuk sekolah. Walaupun hanya berjaya ditempat saguhati, namun pihak sekolah tetap memuji sikap adik faiz atas kesungguhan dan iltizam beliau dalam memberikan yang terbaik buat SKSD tercinta.

Sunday 15 April 2012

-:: LADAP SIRI 2 ::-

Pada 14 April yg lalu, Ladap siri 2 telah berlansung. Kali ini membawa tajuk Pengurusan Fail. Bermula jam 9.30 pagi (sesudah perasmian Program Tahun 6 di dewan) bertempat di bilik Muafakat SKSD, Slot taklimat mengenai MTQSS yang bakal berlansung pada 18 April mengisi ruang pagi sebelum rehat pagi.Slot tersebut telah disampaikan oleh  Tn Hj Elias Zaidy B Mohd Yusof. Sesudah rehat pagi, Ladap diteruskan dengan agenda yang sepatutnya Pengurusan fail yang telah disampaikan oleh En Azmeer B Muhtar. Puan Guru Besar juga turut bersama-sama menceriakan Ladap kali ini. Jam 12.15 tengah hari Ladap selesai. Semoga sistem fail disekolah akan menampakkan perubahan dan lebih teratur lagi. amin.

 
 
 
 


-:: Motivasi Keibubapaan & Kecemerlangan UPSR.::-

Pada 14 April yang lalu, PIBG bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSD telah menganjurkan satu program khas bagi murid-murid tahun 6 bagi sesi 2012. Program tersebut ialah Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Tn Hj Matsah Bin Othman, Kaunselor PPD Jasin, khas untuk penjaga tahun 6 yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 10.45 pagi. Seterusnya pengisian untuk murid tahun 6 iaitu Bengkel Teknik Menjawab Kertas UPSR subjek Matematik yang telah disampaikan oleh Cikgu Rosli Bin Md Sih ( SK Telok Mas ). Program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKSD, Puan Normi Bt Jantan. Program tersebut selesai jam 1.00 tgh hari. Selain itu murid-murid tahun 6 juga turut diberikan t-shirt kelas tambahan untuk dipakai semasa menghadiri kelas tambahan yang diadakan pihak sekolah. Semoga murid-murid dan penjaga tahun 6 akan mendapat sedikit sebanyak tips dan ilmu untuk dipraktikkan dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak SK Serkam Darat ini yang sememangnya memerlukan perhatian yang secukupnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Friday 13 April 2012

-:: Pertandingan Pidato Piala Ketua Menteri ::-


Pada 12 April 2012 bersamaan hari Khamis, SKSD telah menghantar wakil dalam Pertandingan Pidato Piala Ketua Menteri. Pertandingan tersebut telah berlansung di Dewan SK Merlimau 2. Adik Mohamad Harith Bin Zaini bersama guru pengiring iaitu En Shahril Bin Mislan juga bantuan guru-guru SKSD telah memberikan usaha dan tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan yang terbaik untuk sekolah. Tapi apa pun adik Harith hanya berjaya menduduki tempat ke-5. Pihak sekolah merakam jutaan terima kasih dan tahniah kepada adik Harith kerana walaupun baru pertama kali mewakili sekolah dalam pidato, atas usaha yang telah ditunujkkan, tempat ke-5 adalah pencapaian yang boleh kita banggakan. Diharapkan kepada semua anak-anak SKSD dapat berusaha bagi memberikan yang terbaik juga dalam semua sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum. Tahniah adik Harith.

Thursday 5 April 2012

-:: Hari Kantin 2012 ::-



Hari Kantin SKSD tahun 2012 telah selamat dijalankan pada 28 Mac 2012 bersamaan hari Rabu. Tarikh dipilih oleh pihak pentadbir kerana pada tarikh ini sekolah menerima kedatangan Science On Wheel, Pusat Sains Negara. Hari Kantin SK Serkam Darat juga turut dimeriahkan oleh kunjungan sekolah jiran yang mengunjungi Pameran yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara.Pihak sekolah juga mengundang semua warga SKSD dan keluarga untuk bersama-sama memeriahkan lagi Hari Kantin ini. Semua guru terlibat dalam menjayakan Hari kantin ini. Antara aktiviti yang sempat dijalankan ialah Senamrobik, Cabutan pengunjung bertuah, gerai bertuah, tujukan lagu, pameran Pusat Sains Negara, jual beli juga Science On Wheel oleh PSN.