-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 23 July 2012

-:: Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan 2012 ::-

23 Julai 2012, Isnin - SKSD sekali lagi muncul dengan program tahunannya lagi. Kali ini Program yang baru disempurnakan pelancarannya oleh Puan Normi bt Jantan, GB SK Serkam Darat.Majlis pelancaran telah berjalan dengan lancar dan penuh warna-warni. Program tersebut akan berlansung bermula dari 23 Julai - 21 Sept 2012. Antara pengisian sepanjang bulan tersebut adalah seperti berikut :-
  • Kelas ceria Merdeka.
  • Gotong-royong Bendera terpanjang.
  • Puisi Merdeka.
  • Pertandingan Koir
  • Pertandingan Mewarna ( tahap 1, Pra Sekolah, PPKI )
  • Pertandingan Melukis Poster ( tahap 2 )
  • Majlis Penutup.
Diharapkan apa yang disasarkan oleh unit Ko-Kurikulum terutamanya Bahagian Kelab & Persatuan selaku pengelola program ini akan tercapai dengan adanya  kerjasama erat semua pihak adanya. Insya Allah. Dalam ucapan, GB juga menggalakan agar anak-anak menanamkan semangat patriotik yang tinggi sepanjang bulan kemerdekaan ini. Semoga program akan berjalan lancar dan sempurna seperti yang dikehendaki semua.  

 
 
 
 
 

Sunday 15 July 2012

-:: KBS 2 ::-

Pada 14 Julai yang lalu, Panitia Pendidikan islam dengan guru-guru SKSD telah menjayakan KBS 2. Peserta terdiri daripada muird tahun 1 hingga tahun 5. Tahun 6 menjalani kelas tambahan seperti biasa manakala murid Pra sekolah pula menyertai Karnival Sukan PraSekolah Kawasan Merlimau. KBS kali ini turut diceriakan dengan kehadiran dan bantuan dari akak-akak yang diundang khas dari SMKA Assaiyidah Khadijah bagi membantu melancarkan lagi perjalanan KBS 2 ini. KBS kali ini agak berbeza dari KBS yang lepas kerana memuatkan praktikal solat Sunat Dhuha selain asas solat dan wudhuk. Panitia Pendidikan Islam amat berharap agar murid-murid dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti solat masing-masing.

 
 
 
 
 
 

Dalam masa yang sama, berlansung Karnival Sukan Pra Sekolah kawasan Merlimau. Sukan yang dipertandingkan ialah Futsal dan bola jaring. Karnival ini berjalan lancar dalam suasana yang ceria dengan cuaca redup sepanjang karnival berlansung. Ramai ibu bapa / penjaga yang menyaksikan sendiri anak-anak kecil ini beraksi. SKSD juga selaku tuan rumah karnival juga menyertai kedua-dua permainan tersebut.

 
 
 
 


Wednesday 11 July 2012

-:: Solat Hajat UPSR 2012 Kali Ke-2 ::-

10 Julai 2012 - Selasa ,  Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru tahun 6 sekali lagi telah menjalankan aktiviti murni mereka iaitu Majlis Solat Hajat UPSR 2012 kali Ke-2. Majlis telah berlansung di Dewan Hjh Maimunah Khamis, SKSD. Majlis tersebut tealh dimulakan dengan solat fardhu maghrib dan diikuti dengan bacaan yaasin. majlsi diteruskan lagi dengan solat hajat dan seterusnya solat fardhu isya`. Sebagai penangguhan, majis di akhiri dengan jamuan ringan.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah sudi mengimarahkan lagi majlis ini terutamanya Ustaz Hasanuddin b Adnan yang sudi mengetuai solat hajat kita kali ini. Semoga usaha kita ini akan diberkati dan diberikan ganjaran yang setimpal oleh NYA. Amin.








 



 

-:: Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ::-

10 Julai 2012 - Selasa, Demi menyahut seruan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sukan KPM telah mengarahkan semua sekolah seluruh Malaysia untuk membuat program yang berstatus peringkat kebangsaan iaitu Senamrobik 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti Senamrobik ini juga telah disaksikan oleh En Ab Malek B Kasim, selaku pegawai angkat bagi SKSD di PPD Jasin. Aktiviti tersebut telah bermula pada jam seawal jam 7.50 pagi dengan dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Elias Zaidy B Mohd Yusof. Aktiviti seterusnya ialah senamrobik 1 Murid 1 Sukan yang telah diketuai oleh En Ainol Adnan B Ahmad.
Terpancar keseronokan diwajah semua warga SKSD yang menyertai aktiviti senamrobik tersebut. Diharapkan semua warga SKSd akan menjadi lebih segar dan sihat untuk menjalankan aktivti harian dan tanggungjawab. Semoga berjumpa lagi di Senamrobik yang seterusnya.