-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 21 March 2022

PEMBUKAAN SESSI AKADEMIK 2022 / 2023 SK SERKAM DARAT

PEMBUKAAN SESSI AKADEMIK 2022 / 2023 SK SERKAM DARAT
ISNIN / 21 MAC 2022

Sessi akademik SK Serkam Darat 2022 / 2023 kini telah dibuka. Pada bembukaan sekolah kali ini, menyaksikan kehadiran murid-murid baru terutamanya murid tahun 1 dan prasekolah disambut dengan meriah. ditambah dengan karenah murid yang berwarna-warni telah memberikan satu suasana baru bagi murid yang baru mernyertai keluarga besar SK Serkam Darat.

Sessi akademik kali ini dibuka dengan perhimpunan rasmi di kelas masing-masing bersama-sama guru kelas. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu patriotik, doa dan amanat tuan guru besar SK Serkam Darat, En Anuar Bin Ghafar.

Rata-rata murid yang hadir hari ini, tampil dengan wajah ceria serta semangat yang baru. Teruskan melakar kejayaan demi sekolah tercinta.

Sedikit coretan dihari baru sessi akademik 2022 / 2023 yang sempat terakam dari lensa pengarang.