-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 28 January 2012

-:: Solat Hajat & Bacaan Yaasin UPSR Kali pertama ::-

Pada 26 Januari 2012, hari khamis, pihak sekolah SKSD serta PIBG sekolah telah mengadakan satu majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin kali pertama untuk calon-calon UPSR bagi tahun 2012, SKSD. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa serta penjaga juga warga SKSD yang telah meluangkan masa bersama anak-anak calon UPSR ini. Tiada lain tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keredhaan tuhan yang maha Esa supaya dibukakan pintu hati mereka supaya mudah menerima ilmu dan  dipermudahkan segala urusan pentadbiran sekolah dan juga calon khas nya. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ibubapa dapat merasakan gema UPSR yang bakal anak-anak ini lalui pada bulan september kelak. Semoga anak-anak ini akan menjadi insan yang berguna di suatu masa nanti. Insya Allah.

 
 
 
 

Tuesday 17 January 2012

-:: Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012 ::-

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pada 16 Januari 2012 bersaman hari Isnin yang lalu, Unit Displin Serta unit kaunseling dan bimbingan SKSD telah menjalankan aktiviti tahunan nya iaitu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar tahun 2012. Majlis tersebut telah diserikan dan disempurnakan oleh Ketua Inspektor Penjara Tuan Ali Bin Ahmad Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
Majlis tersebut telah berjalan lancar dengan kerjasama semua warga SKSD. Diharapkan dengan pelantikan ini, para pemimpin pelajar anak-anak SKSD ini akan menjadi lebih berdisplin dan mempunyai sahsiah diri yang baik supaya disegani oleh semua sekolah sekitarnya. Amin.

Tahlil Ringkas Allahyarham En Bahari Bin Ahmad


Tiada lagi senyuman dan tawa serta teguran membina dari seorang guru yang berwibawa dan penyayang. Itulah identiti Allahyarham Bahari Bin Ahmad. Pemergian arwah amat tidak diduga. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari 2012 lebih kurang jam 2.30 pagi. Sesungguhnya kehilangan arwah amat dirasakan oleh semua kerana sifat keterbukaan arwah sangat disenangi semua.
Dari itu,pada 16 januari yang lalu, Kelab Kebajikan Guru & Staf SKSD telah mengunjungi rumah arwah untuk menyampaikan sedikit sumbangan dan membuat sedikit tahlil khas untuk arwah.Semoga kita doakan arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan soleh serta roh nya dicucuri rahmat Allah swt. Amin. Al-Fatihah.

Wednesday 4 January 2012

Minggu Transisi & Orientasi murid-murid tahun 1/2012

 
 
 

 




 

Selamat tahun baru & selamat kembali kesekolah. semoga dengan azam tahun baru kana memberikan seribu satu kejayaan untuk semua.Bagi murid-murid tahun 1 di SK Serkam Darat, hari ini mereka telah menjalani sessi awal minggu Transisi & orientasi bagi mereka mengenali sekolah, guru & rakan-rakan mereka.semoga adik-adik tahun 1 bagi tahun 2012 ini akan lebih berazam untuk menimba ilmu dan bersemangat untuk kesekolah. Sedikit rentetan program tersebut.