-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 30 August 2014

PELANCARAN AMBANG MERDEKA 2014.

TARIKH : 29 OGOS 2014
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 akan jatuh pada hari Ahad. Maka, SKSD telah melancarkan majlis Ambang Merdeka 2014-nya pada 29 Ogos 2014. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Kamaruddin B Temu, Guru Besar SK Serkam Darat. Majlis telah dilancarkan dengan sedikti gimik ulangan dan nyanyian lagu tema dan beberapa lagu patriotik semasa.

Majlis juga diselitkan dengan menyambut hari ulangtahun salah seorang guru SKSD yang tarikh lahir nya jatuh pada 31 Ogos iaitu En Agost Bin Abu. Sebagai anak kelahiran tarikh kemerdekaan, majlis menjemput beliau untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagi simbolik perasmian majlis tersebut.

Kepada Cikgu Agost Selamat Hari Ulang Tahun, semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. Juga kepada semua, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-57.

MALAYSIA... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA


TERIMA KASIH CIK FARAH.

TARIKH : 29 OGOS 2014
HARI : JUMAAT
TEMPAT : PRA SEKOLAH KREATIF

Sebagai kerani rintis bertaraf kontrak, Cik Farah atau nama penuhnya Nur Farah Syahirah Binti Lahmai, perlu akur dengan arahan semasa. Dengan azam yang lebih tinggi, kini Cik Farah akan melanjutkan pelajaran nya di peringkat Ijazah. Dengan iringan doa kejayaan buat beliau, pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas khidmat bakti beliau terhadap sekolah.

Dari itu, piak sekolah dengan keinginan Cik Farah, maka telah diadakan sedikit majlis keraian untuk beliau. Kepada yang sudi hadir memeriahkan suasana, ucapan terima kasih diucapkan. Semoga bertemu lagi dilain ketika. Salam maju jaya.






Wednesday 27 August 2014

LARIAN LASAK 2014

BULAN KECERGASAN 2014
TARIKH : 26 OGOS 2014
MASA : 2.30-4.00 PM ( WAKTU KO KURIKULUM.)
KAWASAN SEKOLAH SKSD.

Bulan kecergasan SKSD 2014 di teruskan dengan aktiviti larian lasak. Aktiviti tersebut telah diberi sentuhan oleh En Ainol Adnan B Ahmad. Dengan bermatlamatkan murid sentiasa dalam keadaan sihat dan lasak, aktiviti ini telah benar-benar mencabar fizikal dan mental murid denagn berhadapan dengan beberapa cabaran fizikal.

Dengan keadaan sekolah sedikit berbukit, maka sesuai dan bertetapanlah dengan aktiviti kali ini yang memberikan cabaran fizikal yang sederhana yang pasti menguji ketahanan fizikal bagi semua peserta dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan. Semoga semua peserta mendapat sedikit sebanyak manfaat fizikal juga mental yang sesuai bagi seseorang murid.

Sedikit cebisan lensa kamera untuk kenangan.



 

Tuesday 26 August 2014

PELANCARAN PROGRAM CERIA MERDEKA 2014

HARI : ISNIN
TARIKH : 25 OGOS 2014
TEMPAT : DEWAN HMK

Pada tahun ini, Program Ceria Merdeka akan dikelolakan oleh Unit HEM berkolaberasi bersama Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Walaupun Majlis pelancarannya dilakukan lewat, tetapi acara dan pengisian bulan kemerdekaan ini telah berlansung seawal 1 hb Ogos 2014. Pelbagai acara telah dirancang sepanjang bulan ini yang dijangkan berlarutan sehingga Sambutan Hari Malaysia iaitu 16 September 2014 nanti.

Antara objektif Program Ceria Merdeka kali ini ialah :

1- Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisplin, dan bekerjasama.
2- Melahirkan muriod yang kreatif dan inovatif
3- Menggalakkan aktiviti berkelompok (kemasyarakatan )

 Antara pengisian sepanjang bulan Kemerdekaan ini ialah :

1- Pelancaran Bulan Kemerdekaan
2- Majlis Hari kenerdekaan
3- Pertandingan Mewarna Tahap 1
4- Pertandingan Melukis Poster
5- Pertandingan Koir/ Nyanyian Lagu patriotik
6- Keceriaan Kelas (Kemerdekaan)
7- Sajak Kemerdekaan
8- Majlis Penutupan Program Bulan Kemerdekaan.

Berikut sedikit cebisan kenangan semasa Majlis Pelancaran Program Ceria Merdeka 2014.







 


 
 






Wednesday 20 August 2014

LAGU TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-57


MESYUARAT KWAMP 2014

TARIKH : 19 OGOS 2014
TEMPAT : BILIK MUAFAKAT
MASA : 2.30 PETANG

Mesyuarat KWAMP bagi tahun 2015 telah dijalankan. mesyuarat dihadiri oleh wakil PIBG, Pentadbir SKSD yang terdiri dari Tn Hj Jeffery Bin Mohd Yunos, Pn Noraidah Bt Hamid dan En Abdul Kadir B Hamidun. Mesyuarat ini diadakan untuk memilih calon yang benar-benar layak bagi menerima Bantuan KWAMP pada tahun hadapan.

Sedikit rentetan mesyuarat.



SENAMROBIK MINGGU KE-3

TARIKH - 19 OGOS 2014
TEMPAT - DEWAN HAJAH MAIMUNAH KHAMIS

Bulan Kecergasan diteruskan dengan aktiviti minggu ke-3. Pada minggu ke-3 ini, antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senamrobik, klinik bola tampar dan bola baling. Dengan kerjasama yang diberikan, semua telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna pada waktu ko-kurikulum.

Sedikit rentetan untuk perkongsian semua.






MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT GURU 2014 & JAMUAN PERPISAHAN PN SUZANNAH BT AHMAD


TARIKH : 18 OGOS 2014
MASA : 2.15 - 3.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN HAJAH MAIMUNAH KHAMIS

Kemeriahan syawal diteruskan dengan sambutan Hari Raya peringkat Guru SKSD. Majlis tersebut telah diadakan pada 22 Syawal 1435h. Majlis tersebut telah diselitkan bersama Majlis Perpisahan Pn Suzannah Bt Ahmad, bekas guru J-qaf SKSD. Beliau telah berkhidmat di SKSD pada tahun 2006 sehingga 2014.

Majlis telah berjalan lancar walaupun sederhana. Semoga Pn suzannah Bt Ahmad lebih berjaya di sekolah yang baru. Kami dari seluruh warga SKSD memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa beliau berkhidmat di SKSD dan semoga perhubungan ini tidak akan berakhir di sini sahaja.

Sedikit rentetan dan kenangan buat tatapan semua.