-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Saturday 30 August 2014

PELANCARAN AMBANG MERDEKA 2014.

TARIKH : 29 OGOS 2014
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 akan jatuh pada hari Ahad. Maka, SKSD telah melancarkan majlis Ambang Merdeka 2014-nya pada 29 Ogos 2014. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Kamaruddin B Temu, Guru Besar SK Serkam Darat. Majlis telah dilancarkan dengan sedikti gimik ulangan dan nyanyian lagu tema dan beberapa lagu patriotik semasa.

Majlis juga diselitkan dengan menyambut hari ulangtahun salah seorang guru SKSD yang tarikh lahir nya jatuh pada 31 Ogos iaitu En Agost Bin Abu. Sebagai anak kelahiran tarikh kemerdekaan, majlis menjemput beliau untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagi simbolik perasmian majlis tersebut.

Kepada Cikgu Agost Selamat Hari Ulang Tahun, semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. Juga kepada semua, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-57.

MALAYSIA... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA


No comments:

Post a Comment