-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday 3 September 2014

MAJLIS PELANCARAN JOM SOLAT 2014

TARIKH : 02 SEPT 2014M / 7 ZULKAEDA 1435H
HARI : SELASA
MASA : 12.40 - 1.45 TGH HARI
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Solat merupakan tiang agama. Solat merupakan amalan yang terpenting dalam agama. Iman akan terbina dengan sempurna dengan terdirinya solat yang sempurna. Dengan bersandarkan kepada objektif agar semua murid dan guru menunaikan solat zohor berjemaah setiap kali aktiviti ko-kurikulum, memantapkan amali solat di kalangan murid dan memupuk amalan solat secara berterusan di kalangan murid, maka Panitia Pendidikan Islam SK Serkam Darat telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Jom Solat 2014.

Aktiviti tersebut telah pun berkalan dengan lancar walaupun dalam keadaan yang sederhana dan diharapkan oleh pihak panitia akan tercapai dengan adanya kerjasama semua pihak. Dari Unit ICT , kami sedia membantu bagi memberikan sokongan atas apa jua usaha dalam pembentukan modal insan seperti ini.

Sedikit cebisan dari Pelancaran Program Jom Solat.

 

 
 

No comments:

Post a Comment