-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya 2014


Dengan ingatan tulus ikhlas, kami seluruh warga SK SERKAM DARAT ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Bagi yang akan memulakan perjalanan, ingatan kami berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah mereka yang tersayang. Semoga semua selamat pergi dan selamat kembali. Sekolah akan kembali bersesi pada 04 Ogos 2014. Diharapkan semua terutamanya murid-murid dan warga SK Serkam Darat akan selamat dan menyambung kembali sesi persekolahan dengan baik. Amin.


Friday 18 July 2014

PERCUBAAN UPSR 2014

15-17 Julai 2014 - Selasa hingga Khamis.
Dewan Hjh Maimunah Khamis.

Semua calon UPSR 2014 SK Serkam Darat telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR tahun 2014. Peperiksaan tersebut diadakan di dalam Dewan HMK, SKSD supaya dapat membiasakan diri calon dengan suasana peperiksaan sebenar. Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR ini diterima pakai bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh, sekolah kawalan dan sebagainya sekolah terpilih. Harapan sekolah agar semua calon dapat menjawab sehabis terbaik bagi masa depan calon yang lebih cerah. Sekolah telah cuba memberikan yang terbaik, dan selebihnya usaha dari diri sendiri.




Thursday 17 July 2014

PERTANDINGAN MEWARNA AEDES - DENGGI



17 Julai 2014,Khamis - Kelab Doktor Muda bersama Unit Pencegahan Aedes-Denggi Sk Serkam Darat bersama Panitia Pendidikan Seni telah melaksanakan Pertandingan Mewarna Aedes-Denggi. Pertandingan tersebut berlansung di dalam kelas masing-masing dan melibatkan semua murid dari Pra-sekolah, PPKI serta murid tahun 1 hingga tahun 5. Acara bermula jam 11 dan berakhir jam 12 tengah hari.