-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Wednesday 29 February 2012

-:: Mesyuarat PIBG SKSD Kali ke-12 ::-

Pada 28 Februari 2012 bersamaan hari Selasa telah berlansungnya Mesyuarat Agong PIBG SK Serkam Darat kali ke-12.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Jasin, En Othman Bin Hj Saleh selaku Pengelola Cemerlang- Unit Pengurusan Sekolah Rendah. majlis turut dihadiri pegawai angkat SKSD dari PPD Jasin iaitu En Abdul Malik B kasim.
Mesyuarat kali ini menyaksikan pelantikan jawatankuasa PIBG SKSD baru. Selain itu, pembentangan, cadanagn dan juga usul telah dibahaskan dengan baik sekali. Respon yang diberikan juga telah memuaskan hati penjaga dan ibubapa yang hadir. Selain turut dijalankan carian penaja bagi murid target UPSR 2012 juga penyampaian cenderahati kepada murid yg cemerlang dalam UPSR tahun 2011. Majlis Bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.40 petang. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan diharapkan dapat memberikan impak yang positif bagi sekolah yang tercinta. Amin.


 

 
 
 
 

 
 
 
 



Friday 24 February 2012

-:: Perarakan Maulidur Rasul 1435 Gabungan 3 Sekolah ::-

Pada 4 Feb 2014 yang lalu bersamaan hari Selasa, Serkam Darat telah sekali lagi mencipta sejarah apabila 3 sekolah yang terdapat di kawasan ini iaitu SK Serkam Darat, SRA Jaim Serkam Darat dan SMA Assaiyidah Khadijah telah sekali lagi bersatu untuk melaksanakan satu program bersama iaitu Perarakan Maulidur Rasul 1435 h. Perarakan tersebut telah disertai juga oleh beberapa pegawai PPD Jasin juga semua Guru besar dan pengetua dari ketiga-tiga sekolah yang terlibat. Malis perasmian perarakan tersebut telah disempurnakan oleh wakil YB DUN Serkam YANG BERHORMAT Zaidi Bin Attan.Pada tahun ini Majlis perasmian dibuat di Sk Serkam Darat dan Penutup di SMA Assaiyidah Khadijah.








 


   
 


 


 

 

  



 

 

Tuesday 21 February 2012

-:: Pelancaran Program 3k peringkat SKSD ::-

Pada 20 Feb 2012, bersamaan hari Isnin yang lalu, Unit HEM telah melancarkan Program 3K Peringkat sekolah. Program ini telah disempurnakan perasmian nya oleh En Abdul Malik Bin Kasim selaku pegawai angkat bagi SK Serkam Darat. Perasmian tersebut berjalan lancar. Objektif Program 3K ini adalah untuk membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. Diharapkan dengan pelancaran ini akan meningkat Kebersihan , kesihatan dan keselamatan sekolah kita. Insya Allah.