Tiada lagi senyuman dan tawa serta teguran membina dari seorang guru yang berwibawa dan penyayang. Itulah identiti Allahyarham Bahari Bin Ahmad. Pemergian arwah amat tidak diduga. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari 2012 lebih kurang jam 2.30 pagi. Sesungguhnya kehilangan arwah amat dirasakan oleh semua kerana sifat keterbukaan arwah sangat disenangi semua.
Dari itu,pada 16 januari yang lalu, Kelab Kebajikan Guru & Staf SKSD telah mengunjungi rumah arwah untuk menyampaikan sedikit sumbangan dan membuat sedikit tahlil khas untuk arwah.Semoga kita doakan arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan soleh serta roh nya dicucuri rahmat Allah swt. Amin. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment