Minggu Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu yang diketuai oleh Pn Rozita Bt Abu. Banyak aktiviti dan pertandingan yang menarik telah dijalankan. Dengan bermatlamatkan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, pihak sekolah dapat merasakan semangat bersaing secara sihat telah ada dalam diri murid-murid sepanjang minggu Bahasa Melayu berjalan.
Majlis penutup pula telah diadakan pada 09 Julai 2012 (Isnin) yang mana telah disempurnakan oleh Pn Normi Bt Jantan, Guru Besar SKSD. Dapat disimpulkan kebanyakan daripada barisan pemenang merupakan murid yang sama penerima hadiah pada minggu Matematik. Harap fenomena ini dapat diperbaiki supaya murid SKSD lebih agresif, aktif dan kreatif dalam memberikan yang terbaik diri sendiri juga sekolah.
No comments:
Post a Comment