26 September 2011 - Isnin
Suasana hari raya masih lagi terasa. Dikesempatan yang ada Majlis Guru-guru Pra Sekolah Negeri Melaka telah menganjurkan sambutan Hari Raya juga mesyuarat agong mereka. Keseluruhan majis tersebut dapat disimpulkan Majlis Guru-guru Pra Sekolah telah melantik Pengerusi baru dan ajk-ajk yang baru bagi meneruskan perjuangan Pra Sekolah.
-:: Makluman ::-
Tuesday, 27 September 2011
Saturday, 24 September 2011
Sambutan Hari Raya & Hari Kanak-kanak 2011
23 September 2011 - Jumaat
Pada kali ini Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah disambut serentak dengan Sambutan Hari Kanak-kanak. Majis tersebut telah berjalan lancar bermula pada pukul 10.10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Majlis telah berjalan dalam keadaan yang sederhana namun tetap meriah. Sambil menjamu selera, murid-murid turut dihidangkan dengan dendangan lagu raya. Semua hadirin diberi kesempatan untuk menujukan lagu raya kepada guru juga sahabat handai. Walaupun penat, namun bagi penulis ia boleh dikatakan meriah dan memuaskan. Diharapkan di tahun akan datang majlis seperti ini dapat memberikan sesuatu yang lebih baik. Insya Allah.
Thursday, 22 September 2011
Program Bina Insan Guru (PBIG)
21 September 2011 - Rabu
Pada tarikh ini, pelatih-pelatih perguruan dari IPPM Durian Daun telah membuat Lawatan Penanda Aras Bersama guru cemerlang SKSD iaitu Pn Suhaila Bt Ishak. Program ini telah diketuai oleh cik Atiqah dan dibantu oleh kawan-kawan nya. Lawatan ini telah diletakkan dibawah Program Bina Insan Guru bagi PISMP ambilan Jan 2009. Program tersebut lebih memberikan tumpuan kepada pengendalian murid di dalam kelas juga tips untuk menjadi guru yang cemerlang dari sagala aspek. Diharapkan dengan berakhirnya program tersebut, para pelatih IPG IPPM ini akan menjadi guru-guru yang cemerlang bila keluar sebagai guru kelak. Amiin..

Subscribe to:
Posts (Atom)