-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday, 8 October 2012

-:: Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2012 ::-

 
 
 
 
 

 
 
 



 

 
 

 
 

 

 

 


 



 

Pada 5-7 oktober 2012 yang lalu, seramai 83 orang murid SKSD yang terdiri dari ahli unit beruniform ko-kurikulum tahap 2 telah menyertai perkhemahan ini. Kali ini perkhemahan ini dibuat di luar kawasan sekolah iaitu di Kem Saujana Asahan. Perkhemahan ini telah dibuat diluar kawasan sekolah adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid SKSD merasai sendiri kelainan dan perbezaan berkhemah di kawasan sekolah dan luar kawasan sekolah. Pelbagai aktiviti yang lasak dan mencabar untuk menguji ketahanan mental dan fizikal mereka sepanjang keberadaan mereka di sana. Antara nya jungle tracking, obstacles, flying fox, high rope & beberapa lagi aktiviti sampingan telah diaturkan untuk santapan para peserta. Walaupun sedikit keletihan, terpancar wajah kegembiraan yang mungkin tidak dirasakan oleh semua murid SKSD. Diharapkan dengan ilmu yang ada, para peserta dapat berkongsi bersama rakan-rakan yang tidak berkesempatan menyertai perkhemahan kali ini.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan PPD Jasin, En Abu Bakar B Alim.Dengan harapan semua peserta akan dapat membuat anjakan paradigma dan akan menjadi virus baik kepada kawan-kawan kelak. Semoga bertemu lagi di perkhemahan yang akan datang.