Setiap tahun, tanggal 16 Mei menjadi sebutan bagi golongan pendidik.
Tak kiralah dari sekolah rendah hingga yang tertinggi, walaupun hanya
mengajar sepatah huruf sekali pun. beliau dianggap guru. Jadi SKSD pada
tahun 2012 ini tampil dengan sambutan Hari Guru dan Pekerja dengan Tema
hari guru tahun ini `GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA'.
Tema yang dipilih sesungguhnya mempunyai misi dan visi tertentu yang
mana menjadi sasaran golongan pendidik bagi melahirkan generasi yang
berketerampilan dalam semua bidang. Kali ini, sambutan hari guru telah
dikelolakan oleh Kelab Guru yang dipengerusikan oleh En Abd Kadir B
Hamidun dengan jentera AJK yang elit telah bertungkus lumus menyiapkan
segala yang perlu bagi memastikan semua nya berjalan lancar.
Tanpa
diduga, SKSD telah didatangi oleh YB DUN Serkam iaitu Tn Hj Ghazale bin
Mohamad, turut bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari guru kali
ini. Pihak sekolah begitu teruja dengan semangat beliau yang sangat
mengutamakan pendidikan. Beliau juga menyumbang hamper kepada pihak
sekolah sempena Sambutan Hari Guru kali ini.
Pada hari tersebut
juga, guru-guru dihidangkan dengan permainan bersama murid juga warga
sekolah. Kemeriahan dan kegembiraan jelas terpancar apabila guru-guru
menerima hadiah dari murid-murid, sesungguhnya guru tidak begitu
mengharapkan hadiah tersebut tetapi bagi guru hadiah yang amat bernialai
adalah kejayaan anak didiknya dalam membentuk jati diri dan masa depan
masing-masing.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tn Hj
Ghazale Mohamad yang telah sudi mengunjungi SKSD dan turut memeriahkan
lagi sambutan Hari Guru tahun. Semoga kita semua akan bertemu lagi di
sambutan Hari guru yang akan datang. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment