-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 22 June 2012

-:: Sukan Tahunan SKSD kali Ke-12::-

 
 
 
 
 







Pada 21 Jun yang lalu, SKSD telah menjalankan satu lagi acara tahunan terbesar iaitu Temasya Sukan Tahunan SKSD Kali Ke-12. Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi temasya sukan kali ini. Banyak juga acara yang depertandingkan dan tidak kurang juga penglibatan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bagi Temasya kali ini juara keseluruhan jatuh kepada rumah kuning. Tahniah! Kepada Olahragawan dan Olahragawati sekolah, ini merupakan bonus anda untuk terus memacu kejayaan dalam bidang akademik juga ko-akademik. Temasya Sukan Tahunan SKSD kali terpaksa ditamatkan awal kerana keadaan cuaca yang tidak menyebelahi. Alhamdullillah semua acara yang penting selamat dijalankan, cuma aktiviti untuk ibubapa juga tetamu tidak dapat dilansungkan.

Pada hari Isnin 25 Jun2012, Majlis penyampaian hadiah juga pengumuman pemenang keseluruhan telah disempurnakan oleh En Omar Ismail,GPK HEM SKSD. Semua keputusan dan juga pemenang telah menerima bahagian masing-masing. Jadi kepada rumah sukan yang kurang berjaya, pastikan di Temasya Sukan akan datang, tingkatkan usaha bagi memastikan kejuaraan mutlak milik pasukan anda. Sedikit kenangan semasa majlis Penyampaian Hadiah pada hari Isnin yang lalu.




 


No comments:

Post a Comment