Begitulah adat, setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Begitulah juga perkhidmatan seseorang kakitangan awam . En Mustafa Bin Jaamat atau lebih mesra dengan panggilan Cik Tapha telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Operasi (N11) di SK Serkam Darat. Beliau yang telah berkhidmat di SKSD sejak sekolah ini dibuka telah banyak memberikan khidmat bakti yang menjadi asas pentadbiran. Sebagai penjawat awam, inilah masanya untuk beliau berehat bersama keluarga .Pihak Sekolah Kebangsaan Serkam Darat merakam jutaan terima aksih di atas segala pengorbanan, perkhidmatan, kepakaran mahupun tunjuk ajar Cik tapha kepada semua warga sekolah, sesungguhnya Allah swt sahajalah yang dapat memberikan balasannya. Semoga Cik Tapha bahagia bersama insan tercinta.
-:: Makluman ::-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment