-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 13 January 2015

SELAMAT BERSARA PN RAMLAH

TARIKH : 12 JAN 2015
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN HJ MAIMUNAH KHAMIS,
SK SERKAM DARAT

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah perjalanan seorang penjawat awam yang bergelar guru. Pn Hjh Ramlah Bt Naam, seorang guru PPKI SKSD telah pun menamatkan jawatan beliau sebagai seorang guru setelah hampir 37 berkhidmat sebagai pendidik. Pastinya pelbagai pahit manis telah dilalui beliau yang pastinya menjadi memori terindah dalam sepanjang perjalanan beliau sebagai seorang guru.

Sesungguhnya jasa seorang guru tidak terbayar dengan wang tunai. Bagi seorang guru, melihat anak didiknya berjaya dalam hidup adalah sesuatu yang paling manis dan membanggakan. Begitulah hasrat seorang guru.

Untuk itu, Kelab keluarga, Unit PPKI dan Unit ICT SK Serkam Darat telah menganjurkan satu majlis bagi meraikan persaraan beliau. Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Dijulang itu telah diadakan di dewan sekolah dan diraikan oleh semua warga sekolah. Majlis tersebut telah diakhiri dengan sedikit jamuan dan majlis bersalam-salaman dengan semua warga sekolah dan lambaian perpisahan.

Berikut sedikit cebisan kenangan majlis pada hari itu.


 
 
 
 
 
 
 
 
 

 



No comments:

Post a Comment