-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 27 February 2015

MAJLIS PERSARAAN EN KAMARUDIN B TEMU

TARIKH : 26 FEB 2015
HARI : KHAMIS
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Samalah juga dengan perkhidmatan seorang kakitangan awam yang bergelar guru. En Kamarudin B Temu telah berkhidmat dalam perguruan selama 34 tahun 9 bulan dan bersara wajib pada 26 februari 2015. Beliau boleh diibaratkan sebagai seorang bapa atau abang bagi semua warga sekolah SK Serkam Darat.

SK Serkam Darat pasti merasakan kehilangan sebuah bintang yang sentiasa bersemangat dalam menaikkan nama sekolah terutamanya dari segi Ko-kurikulum. Beliau amat berminat dan mempunyai ilmu dan pengalaman yang besar dalam bidang sukan. 

Jadi pada hari ini, Majlis Persaraan Rasmi bagi beliau. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran semua tetamu yang diundang sendiri oleh beliau . Terdapat  persembahan qasidah dan nyanyian solo juga persembahan multimedia.

Semua Persiapan dilakukan dengan rapi bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Majlis diakhiri dengan perarakan Tuan Guru Besar bersama isteri mengiringi perjalanan keluar perkarangan sekolah diselangi lambaian kasih dari semua warga sekolah. Semoga Tuan Guru Besar bergembira di hari persaraan cikgu. Terima Kasih Cikgu!

 

 





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 


   

 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





 

 

 

 

 

 

 

 

 



 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment