-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Friday 29 May 2015

SOLAT HAJAT PERTAMA 2015

TARIKH : 28 MEI 2015
HARI : KHAMIS
LOKASI : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Setiap usaha harus ada tawakkal nya. SKSD dengan anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu majlis Solat Hajat yang khas diadakan untuk anak-anak SKSD yang bakal mengahadapi UPSR 2015. Solat Hajat kali pertama ini telah menadapat sambutan yang baik dari penjaga/ibubapa. 

Selepas solat hajat, majlis disusuli dengan bacaan yaasin dan sedikit rumusan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang baru lepas yang telah disentuh oleh Tuan Hj Mohd Jeffery Bin Hj Mohd Yunus, GPK 1 SKSD. 

Majlis diakhiri dengan sedikit kudapan dan penyampaian sedikit buah tangan kepada tuan imam yang telah memimpin solat hajat kali ini.

Semoga segala usaha mendapat restu dan rahmat ilahi. InsyaAllah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
   

No comments:

Post a Comment