-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Monday 3 August 2015

PELANCARAN MINGGU SAINS 2015

TARIKH : 03 OGOS 2015
HARI : ISNIN
DISEMPURNAKAN OLEH : EN ARZAMAN BIN ALI
GPK HEM SK SERKAM DARAT

Setiap panitia akan memainkan peranan masing-masig dalam menarik minat anak-anak SKSD ini khususnya bagi menimbulkan minat dalam menimba ilmu pengetahuan dengan lebih banyak lagi. Dari asbab itulah, kali ini, Panitia Sains SK Serkam Darat akan mengadakan Minggu Sains yang bermula pada 03 Ogos 2015 dan bakal berakhir pada 07 Ogos 2015 kelak.

Banyak perancagan telah dikarang bagi pengisisan sepanjang Mingu Sains kali ini antaranya mencari perkataan tersembunyi, pertandingan mewarna, siri eksperimen yang menarik, kuiz, dan beberapa lagi aktiviti sains yang menarik menanti anak-anak SKSD. Jadi, harapan Panitia sains agar semua murid SKSD dapat turut serta dalam menjayakan Minggu Sains 2015 Kali ini dengan jayanya.

Sedikit cebisan kenangan semasa pelancaran Minggu Sains 2015 dari lensa pengarang.

 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment