TARIKH : 31 MAC 2015
HARI : SELASA
WAKTU : KO-KURIKULUM
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS
Setelah 3 minggu berlalu, hari ini Unit ko-kurikulum SK Serkam Darat menjalan kan satu aktiviti pembentangan hasil inivasi dari setiapa kelab dan persatuan. Hasil inovasi ini adalah berasaskan dari bahan terbuang dan dijadikan sesuatu yang boleh digunakan sebgaai satu benda yang baru.
Bermatlamat kan untuk mencungkil idea dan inovasi dikalangan murid dan melatih murid lebih kreatif dalam semua aspek dalam menghasilkan sesuatu yang menarik, Unit Kokurikulum amat komited dalam membentuk anak SK Serkam Darat untuk menjadi lebih menonjol dikalangan rakan sebaya mereka sendiri.
Ternyata banyak juga inovasi yang terhasil dari idea mereka ini. Mereka juga telah mempersembahkan hasil inovasi mereka dihadapan ahli Unit Ko-kurikulum yang lain. ini sekaligus membentuk keyakinan diri dalam diri anak itu sendiri.
Seditkit cebisan dari lensa pengarang.
No comments:
Post a Comment