HARI : ISNIN
MASA : PERHIMPUNAN RASMI
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS.
Sebagai seorang pemimpin, seorang ketua harus memantau sendiri pergerakan sesebuah organisasi dibawahnya. Begitulah sifat En Abu Bakar B Alim, Tuan Pegawai Pendidikan, PPD Jasin selaku suami mantan Guru Besar SKSD, Pn Normi Bt Jantan. Sesungguhnya, kehadiran Tuan PPD Jasin telah memberikan satu semangat dan inspirasi kepada semua warga SKSD dalam menyampaikan dan memberikan yang terbaik buat anak-anak SKSD.
Banyak aspek juga telah diberikan sentuhan pada pagi itu termasuk aspek kejayaan anak-anak, guru juga sekolah amnya. Banyak juga tips hadir cemerlang yang telah diberikan. Seberadanya beliau di SKSD, beliau juga sempat menyampaikan cenderahati buat anak-anak SKSD yang menyambut hari kelahiran pada bulan Mac. Program ini dinamakan Program Guru Penyayang yang dikelolakan oleh En Abdul kadir B Hamidun, Kaunselor SKSD.
Diharapkan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah jasin ini akan dapat meningkatkan lagi kejayaan SKSD dimasa-masa mendatang, InsyaAllah.
Sedikit cebisan kenangan dari lensa pengarang.
No comments:
Post a Comment