HARI : JUMAAT
MASA : 11 PAGI
LOKASI : SEKITAR SEKOLAH
Jumaat yang lalu, SKSD telah dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Stamford Primary School, Singapura. Ini merupakan lawatan kali ke-2 sekolah tersebut tetapi dengan peserta yang berbeza. Lawatan ini adalah bagi meninjau budaya, adat dan cara hidup orang kampung juga menerokai sedikit ruang yang terdapat di kawasan sekolah.
Pada lawatan kali ini, pihak sekolah telah menyediakan ruang bagi pelajar-pelajar ini mencuba sendiri cara-cara bagaimana pokok padi ditanam di sawah. Demonstrasi penanaman telah ditunjukkan oleh En Omar Bin Ibrahim selaku Tukang kebun sekolah.
Selepas itu, mereka turut dibawa ke kawasan pertanian sekolah dan diperkenalakan dengan pokok bidara, pokok petai juga projek sayuran dari murid SKSD. Mereka juga turut dibawa ke pondok ASEAN.
Lawatan kali ini diakhiri dengan sesi bergambar dan bersalaman dengan pihak pentadbir. Sedikit kenangan dari lensa pengarang.
No comments:
Post a Comment