TARIKH : 03 APRIL 2015
TEMPAT : DATARAN HIKMAH, SK SERKAM DARAT
ANJURAN KELAB DOKTOR MUDA.
Kebersihan asas kesihatan. Itulah yang mungkin tepat bagi menggambarkan segala kejayaan diri seseorang. Dalam menjadikan displin sebagai tulang belakang kepada sebuah kejayaan, Kelab Doktor Muda telah menjalankan satu aktiviti pemeriksaan kebersihan kuku dan kutu terhadap semua murid tahap 1.
Rata-rata murid memberikan kerjasama yang amat baik. Keadaan displin dan kerjasama yang baik telah melancarkan lagi pergerakan program ini. Program ini telah dikendalikan 3 orang guru iaitu Pn Suhaila Bt Ishak, Pn Faridah Hanim Bt Ishak dan Pn Hamidah bt Hussin.
Diharapkan semua murid akan menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan cara yang betul dan kaedah yang terbaik. Sedikit cebisan lensa admin.
No comments:
Post a Comment