HARI : KHAMIS
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS.
MASA : 9.00 PAGI
Sarapan merupakan suatu kompnen tidak kurang penting dalam meulakan hari anak-anak kita. Di atas kesedaran inilah, maka KEWPIE (M) Sdn Bhd bersama Unit HEM SKSD telah menganjurkan satu program yang diberi nama Sarapan Halal, Anak Sihat.
Program ini bermatlamatkan untuk menyedarkan penjaga maupun ibu bapa bahawa menyediakan sarapan tidaklah sesukar mana bagi memulakan satu hari yang baru. Sarapan yang sarat tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan perlu diambil dalam kadar yang sepatutnya. Dengan itu, syarikat KEWPIe telah memperkenalkan beberapa produk yang sudah tentunya memudahkan penyediaan sarapan dan yang paling penting halal dan menyihatkan.
Selain memperkenalkan produk mereka, KEWPIE juga telah menjalankan Pertandingan Mewarna bagi anak -anak pra sekolah. Mereka amat teruja sekali dalam mewarnakan lukisan yang diberikan. Pemenang menerima hadiah sumbangan dari syarikat KEWPIE. Tahniah.
Guru-guru yang berkesempatan juga turut memeriahkan lagi program ini. Mereka juga turut diundang bagi mencuba sendiri kelazatan produk KEWPIE ini. Rata-rata mendapati menu yang disediakan amat mudah disediakan, lazat dan berkhasiat lagi halal.
Produk KEWPIE juga telah boleh diperolehi di pasaraya-pasaraya besar seluruh Malaysia. Bagi negeri Melaka, syarikat KEWPIE telah menempatkan kilang mereka di Melaka Halal Hub, Serkam.
Sedikit cebisan kenangan dari lensa pengarang.