HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS
Ibarat belayar sudah tiba di pelabuhan, ibarat berlari sudah tiba di
garisan penamatnya. Begitulah antonimnya sebuah perjalanan seorang guru.Tn Hj Ismail B Menhad kini telah menamatkan perhidmatan beliau
sebagai warga pendidik. Hampir 36 tahun juga beliau bergelumang dengan
dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar. Jawatan terakhir beliau semasa pencen merupakan GPK PPKI SK Serkam darat. Kini tiba masanya
untuk beliau berehat bersama isteri dan keluarga.
Beliau yang telah banyak menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran pastinya telah banyak menjadi petunjuk arah kepada semua guru muda yang berada di sekeliling beliau. Contoh yang baik dan sikap rendah diri beliau menjadikan semua warga selesa bila bersama beliau. Beliau juga amat mudah bersahabat dengan sesiapa sahaja. Beliau yang juga gemar memasak dan berkebun sering menunujukkan contohterbaik untuk teladan semua.Sikap bersahaja beliau juga turut menjadi sisipan memori bagi kami yang terus menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam.
Majlis yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi itu telah memuatkan seribu satu nostalgia perjalanan, pengorbanan dan rentetan kehidupan seorang manusia yang bergelar guru. Walaupun di keheningan pagi ramadhan, namun beliau tetap ceria dihari persaraan beliau.
Sedikit rentetan majlis yang disediakan.