-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

Selamat tahun baru 2019, semoga lebih bersemangat dalam mengharungi tahun ini dengan jayanya, amin...

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer sila klik sini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuNH6PirQTGy0reyeC4IIgity_VG1YxKHrtpNR56SLYjo4MA/viewform Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Bersama-sama menggayakan penggunaan VLE Frog. Sebarang masalah boleh rujuk PPTM sekolah untuk bantuan lanjut.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

Kepada guru yang masih memegang Dongle sekolah & tidak menggunakan nya pada masa terdekat, anda disarankan untuk memulangkan kepada GP Bestari atau Juruteknik Komputer sekolah untuk disimpan.Harap Maklum.

Tuesday 23 June 2015

PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 1436H/2015M

TARIKH : 22 JUN 2015
BERSAMAAN : 05 RAMADHAN 1436H
HARI : ISNIN
PERASMI : TN HJ MOHD JEFFERY B HJ MOHD YUNUS
TEMPAT : DEWAN HJH MAIMUNAH KHAMIS

Pada Isnin yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan program tahunan mereka iaitu Program Ihya Ramadhan. Program tersebut telah dirasmikan oleh GPK 1 SKSD iaitu Tn Hj Mohd Jeffery B Hj Mohd Yunus. Banyak pengisian telah dirangkakan sepanjang ramadhan ini antaranya tadarus, kuiz, pertandingan azan, hafazan, tilawah, tayangan, tahlil arwah juga kuiz bagi kategori guru & staf. Turut dilancarkan buletin Ihya' Ramdahan Edisi pertama/2015.

Diharapkan sepanjang buln ramadhan yang berkah ini akan dapat menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dan cemerlang terutamanya anak-anak SKSD yang bakal menduduki UPSR pada bulan september ini. Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan ilmu anda semua.

Sedikit cebisan semasa pelancaran tersebut.

 
 
 
 
 
 
 




No comments:

Post a Comment